Perak capai matlamat sifar miskin tegar

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-15 Tahun Keempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan (Foto BERNAMA)

IPOH, 16 April – Seramai 732 Ketua Isi Rumah (KIR) di Perak berjaya keluar daripada status miskin tegar setakat 31 Disember 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan negeri mencapai matlamat sifar miskin tegar melalui pendekatan bersepadu memastikan golongan B40 dan miskin tegar tidak tercicir.
  • Penggunaan eKasih, program turun padang seperti Ziarah Kasih dan pemantauan berterusan memperkukuh penyampaian bantuan berasaskan data serta impak sebenar.
  • Sebanyak 11,648 KIR atau 45 peratus keluar daripada status miskin, melepasi sasaran nasional 33 peratus; One Stop Centre Sejahtera Sosial 2026 diperkenal.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Salbiah Mohamed berkata kejayaan tersebut sekali gus mencapai matlamat sifar miskin tegar di negeri itu.

Jelasnya, pendekatan bersepadu kerajaan negeri dalam memastikan golongan B40 dan miskin tegar tidak tercicir daripada menerima bantuan membuahkan hasil membanggakan.

“Pendekatan merangkumi penggunaan sistem eKasih sebagai pangkalan data utama, selain diperkukuh melalui program turun padang seperti Ziarah Kasih serta pemantauan berterusan di peringkat daerah.

Dalam menilai keberkesanan program bantuan pula, Kerajaan Negeri menggunakan indikator yang jelas, berasaskan data serta mengambil kira impak sebenar terhadap kehidupan penerima dan bukan sekadar jumlah bantuan yang disalurkan,” ujarnya lagi.

Selain itu, seramai 11,648 KIR atau 45 peratus turut berjaya keluar daripada status miskin, melepasi sasaran nasional sebanyak 33 peratus.

Kerajaan negeri turut memperkenalkan pendekatan baharu menerusi Program One Stop Centre Sejahtera Sosial 2026 yang memberi tumpuan kepada intervensi berasaskan keluarga secara menyeluruh.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Ayer Kuning, Dr. Mohamad Yusri Bakir pada Persidangan Dewan Negeri Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini.