
KULAI, 13 Ogos – Kerja-kerja pembinaan lorong tambahan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sekitar Sedenak, Kulai, Johor bagi Fasa 1 Pakej A, iaitu laluan Kulai-Sedenak, kini mencapai 52.83 peratus siap setakat 25 Jun lalu.
- Pakej B bagi laluan Senai Utara-Kulai mencatat kemajuan 20.83 peratus.
- Fasa 1 merangkumi jajaran sepanjang 21.8 kilometer bagi laluan Kulai-Sedenak.
- Fasa 2 membabitkan Sedenak-Simpang Renggam sejauh 16.6 kilometer, kemajuan 19.72 peratus melebihi sasaran.
- Projek bertujuan meningkatkan kapasiti Lebuhraya PLUS dan melancarkan aliran trafik dari Senai Utara hingga Yong Peng Utara.
Sementara itu, Pakej B yang melibatkan laluan Senai Utara-Kulai pula mencatatkan kemajuan sebanyak 20.83 peratus.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, projek pembinaan lorong tambahan bagi Fasa 1 itu melibatkan jajaran sepanjang 21.8 kilometer.
Bagi Fasa 2 pula membabitkan jajaran sepanjang 16.6 kilometer yang melibatkan laluan Sedenak-Simpang Renggam, kemajuan projek kini mencapai 19.72 peratus, mengatasi sasaran jadual sebanyak 19.57 peratus.
“Projek berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan meningkatkan kapasiti Lebuhraya PLUS bagi menampung pertambahan jumlah kenderaan, selain melancarkan aliran trafik di jajaran Senai Utara hingga Yong Peng Utara,” katanya.