Insiden feri Selat Lombok : Mangsa meningkat kepada 212 orang

Anggota penyelamat membawa penumpang yang dipindahkan menggunakan pengusung keluar dari kapal mencari dan menyelamat di Pelabuhan Lembar, Lombok Barat / Foto AFP

JAKARTA, 13 Ogos – Jumlah mangsa kebakaran feri penumpang KMP Putri Yasmin di Selat Lombok, Indonesia meningkat kepada 212 selepas 39 orang lagi dibawa ke darat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pejabat SAR Mataram mengesahkan 211 orang terselamat dan seorang penumpang disahkan meninggal dunia.
  • Mangsa dibawa ke pusat kawalan untuk pemeriksaan perubatan dan rawatan lanjut.
  • Operasi SAR melibatkan kapal, bot dan pengawasan udara dengan bantuan kapal lain dalam pengungsian.

Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Mataram berkata angka terbaharu itu terdiri daripada 211 orang yang terselamat dan seorang penumpang yang disahkan meninggal dunia.

Agensi itu memaklumkan 39 orang telah dipindahkan dari tempat kejadian oleh KMP Parama Kalyani, yang tiba di Pelabuhan Lembar pada kira-kira 9.40 malam waktu tempatan pada Rabu.

Mangsa telah dibawa ke pusat kawalan untuk pemeriksaan perubatan dan rawatan lanjut.

“Sinergi dan penyelarasan antara pelbagai pasukan di lapangan terus diperkukuh untuk memastikan semua mangsa menerima bantuan segera dan optimum,” menurut agensi itu di media sosial.

Kebakaran di KMP Putri Yasmin dilaporkan berlaku pada 4.15 pagi waktu tempatan ketika kapal itu sedang belayar dari Pelabuhan Padang Bai di Bali ke Pelabuhan Lembar di Nusa Tenggara Barat.

Pejabat SAR Mataram menerima laporan kecemasan pada 4.39 pagi. Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan melibatkan kapal penyelamat dan bot serta pengawasan udara, dengan kapal yang beroperasi di kawasan sekitar turut membantu dalam pengungsian. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.