
KUALA LUMPUR, 14 April – Ryt Bank mencatatkan pencapaian memberangsangkan apabila melepasi 1.2 juta pengguna dalam tempoh tujuh bulan sejak pelancarannya pada Ogos 2025, sekali gus meletakkan ia antara bank digital paling pantas berkembang di Malaysia.
- Jumlah transaksi meningkat lebih 35 kali ganda, dengan puluhan ribu pengguna aktif melakukan pembayaran, pemindahan dan perbelanjaan harian.
- Pembayaran bil melonjak lebih sepuluh kali ganda, sementara penggunaan kad berkembang selari transaksi runcit dan perbelanjaan harian.
- Ryt AI menjadi pemacu utama, memudahkan pemindahan wang dan pembayaran bil melalui interaksi pengguna yang intuitif.
- Bank komited menyokong keterangkuman kewangan dengan perkhidmatan lebih mudah diakses dan relevan bagi golongan kurang mendapat akses.
Ketua Pegawai Eksekutif interim Ryt Bank, Wilson Soon menerusi kenyataan, pencapaian itu mencerminkan perubahan cara rakyat mengurus kewangan yang kini semakin terbuka kepada perbankan yang lebih mudah, intuitif dan berpaksikan keperluan harian.
“Aktiviti penggunaan turut menunjukkan trend kukuh apabila jumlah transaksi meningkat lebih 35 kali ganda sejak pelancaran, dengan puluhan ribu pengguna aktif melakukan pembayaran, pemindahan dan perbelanjaan harian setiap hari.
“Selain itu, pembayaran bil melonjak lebih sepuluh kali ganda dalam beberapa bulan kebelakangan ini, manakala penggunaan kad terus berkembang seiring peningkatan transaksi runcit dan perbelanjaan harian pengguna,” menurut kenyataan itu.
Antara pemacu utama pertumbuhan bank itu ialah penggunaan Ryt AI yang membolehkan pelanggan melakukan transaksi seperti pemindahan wang dan pembayaran bil secara lebih intuitif melalui interaksi mudah.
Penggunaannya merentasi pelbagai peringkat umur, termasuk golongan berusia 50 tahun ke atas, sekali gus membuktikan keupayaannya memudahkan pengalaman perbankan untuk semua.
Ryt Bank kekal komited menyokong agenda keterangkuman kewangan dengan menyediakan perkhidmatan yang lebih mudah diakses, intuitif dan relevan kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya golongan yang sebelum ini kurang mendapat akses kepada perkhidmatan perbankan tradisional.