Tragedi Sungai Banting: Lelaki hilang ditemui, operasi SAR ditamatkan

Foto RTM

LINGGA, 3 Jun Penantian penuh debar berakhir dengan duka apabila seorang lelaki yang hilang selepas insiden perahu karam di Sungai Banting, di sini, ditemui tidak bernyawa petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perahu bermasalah enjin, dinaiki sembilan orang, terbalik akibat arus deras.
  • Lapan penumpang diselamatkan; seorang dilaporkan tenggelam dan dihanyutkan, mendorong operasi SAR berskala penuh.
  • Operasi SAR dua hari melibatkan Bomba, PDRM, APM, Unit K9 dan penduduk kampung sebelum ditamatkan.

Mangsa, Gerald Lansam, 42 tahun, ditemui oleh penduduk kampung pada pukul 4.10 petang, kira-kira 300 meter dari Pos Kawalan Bomba, selepas dua hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kejadian berpunca daripada sebuah perahu yang dinaiki sembilan individu mengalami kerosakan enjin sebelum terbalik akibat arus sungai yang deras.

Lapan daripada mangsa berjaya diselamatkan, namun Gerald dilaporkan tenggelam dan dihanyutkan arus, mencetuskan operasi SAR berskala penuh.

Operasi hari kedua melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Unit K9 serta bantuan penduduk kampung.

Penemuan jasad mangsa membawa kepada penamatan operasi SAR sepenuhnya pada pukul 4.30 petang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.