Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Jun- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mudah tunai dianggarkan RM37.10 bilion (konvensional) dan RM26.48 bilion (Islam) dalam sistem perbankan.
  • BNM laksanakan dua tender repo berbalik RM4 bilion dan RM410 juta bagi tempoh tujuh hari dan 30 hari.
  • Tender repo berbalik Islam (Komoditi Murabahah) bernilai RM500 juta untuk tujuh hari.
  • Pada jam 4.00 petang BNM jalankan tender semalaman konvensional sehingga RM41.5 bilion dan Murabahah sehingga RM27 bilion.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM37.10 bilion dalam pasaran konvensional dan RM26.48 bilion dalam pasaran wang Islam.

Hari ini, BNM akan melaksanakan dua tender repo berbalik bernilai RM4 bilion dan RM410 juta, masing-masing untuk tujuh hari dan 30 hari.

Bank pusat turut melaksanakan tender repo berbalik Islam (Komoditi Murabahah) bernilai RM500 juta untuk tujuh hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian pinjaman sekuriti dan belian balik dan kemudahan Murabahah Komoditi bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM41.5 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai RM27 bilion. -BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.