
KUALA LUMPUR, 14 April – Bursa Malaysia Securities Bhd akan menggantung dagangan sekuriti pemaju hartanah Sentoria Group Bhd berkuat kuasa 21 April 2026, susulan perintah penggulungan yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi.
- Penggantungan itu selaras dengan Perenggan 16.02(1)(j) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.
- Bursa memberi Sentoria lanjutan enam bulan hingga 3 Jun 2026 untuk mengemukakan pelan penyelarasan semula.
- Bursa mempunyai hak menggantung dagangan dan menyahsenaraikan jika syarikat gagal kemukakan pelan kepada pihak berkuasa sebelum tarikh akhir.
Bursa Malaysia hari ini mengumumkan bahawa penggantungan itu selaras dengan Perenggan 16.02(1)(j) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.
Pada 8 Januari, 2026, Bursa Malaysia memberikan Sentoria lanjutan selama enam bulan, sehingga 3 Jun 2026 untuk mengemukakan pelan penyelarasan semulanya.
Bursa Malaysia memaklumkan bahawa ia mempunyai hak untuk menggantung dagangan sekuriti tersenarai syarikat dan untuk menyahsenaraikannya jika syarikat itu gagal mengemukakan pelan penyelarasan kepada pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan pada atau sebelum tarikh akhir ditetapkan.- BERNAMA