
JOHOR BAHRU, 11 April – 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen (JIM) negeri Johor selepas didapati bekerja tanpa dokumen sah dan menyalahgunakan pas lawatan sosial dalam serbuan di dua pusat urut dan refleksologi di Johor Bahru.
- Terdiri daripada 12 wanita dan 7 lelaki Myanmar serta 2 wanita China, berumur antara 18 hingga 41 tahun.
- Seorang pengurus premis turut ditahan.
- Kedua-dua premis menawarkan perkhidmatan urutan kepada pelanggan termasuk urutan batin.
- Semua dibawa ke depot Imigresen Setia Tropika untuk tindakan lanjut; kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
Mereka merupakan 12 wanita dan 7 lelaki Myanmar, serta 2 wanita China berusia antara 18 hingga 41 tahun.
Turut ditahan seorang pengurus premis.
Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus dalam kenyataan memaklumkan, serbuan pada Khamis lalu, mendapati kedua-dua premis menawarkan perkhidmatan urutan kepada pelanggan termasuk urutan batin.
Pelanggan dikenakan caj serendah RM80 bagi setiap perkhidmatan urutan.
Semua PATI dibawa ke depot imigresen Setia Tropika, Johor Bahru untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut peruntukan Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.