
JOHOR BAHRU, 11 April – Dua individu termasuk pemilik dan pengurus kedai makan ditahan bagi membantu siasatan kes penyelewengan minyak masak peket bersubsidi di premis perniagaan miliknya di sini pada Khamis.
- Pemeriksaan oleh KPDN Johor dengan kerjasama KPDN Melaka mendapati minyak peket dipindahkan ke botol untuk kegunaan perniagaan.
- Penguatkuasa menemui peralatan seperti gunting, corong dan botol dipercayai digunakan bagi aktiviti tersebut.
- Premis menyimpan barangan kawalan berjadual: gula dan tepung gandum tanpa permit sah.
- Sebanyak 51 kg minyak, 200 kg tepung dan 120 kg gula disita; kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Tangkapan dibuat hasil pemeriksaan yang dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor dengan kerjasama KPDN Melaka.
Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo menyatakan, pemeriksaan ke atas kedai makan tersebut mendapati minyak masak peket bersubsidi dipindahkan ke dalam botol untuk kegunaan operasi perniagaan.
“Penguat kuasa turut menemui beberapa peralatan yang dipercayai digunakan bagi aktiviti tersebut termasuk gunting, corong dan botol. Selain itu, premis berkenaan juga didapati menyimpan barangan kawalan berjadual iaitu gula dan tepung gandum tanpa permit yang sah,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Sebanyak 51 kilogram minyak masak, 200 kilogram tepung gandum dan 120 kilogram gula disita dalam serbuan tersebut.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.