Bayern semakin hampir pecah rekod jaringan musim 1971-72

Bayern Munich kini menguasai kedudukan teratas Bundesliga, sembilan mata di depan pencabar terdekat, Borussia Dortmund/Foto AFP

BERLIN, 10 April – Bayern Munich hanya memerlukan dua gol menentang St Pauli Sabtu ini untuk memecahkan rekod jaringan Bundesliga berusia 54 tahun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bayern telah menjaringkan 100 gol musim ini, satu gol di belakang rekod tertinggi, dengan enam perlawanan berbaki.
  • Rekod itu dipegang skuad Bayern musim 1971-72 yang dibarisi legenda Franz Beckenbauer, Gerd Muller dan Uli Hoeness.
  • Berdasarkan prestasi semasa, Bayern dilihat berpeluang cerah untuk mencecah 121 gol, mengatasi rekod liga lain seperti EPL dan La Liga.
  • Harry Kane dilaporkan mengalami kecederaan buku lali; beliau menjaringkan 31 gol dalam 26 penampilan, 10 kurang daripada rekod 41 oleh Robert Lewandowski.

Anak buah Vincent Kompany sudah menjaringkan 100 gol musim ini, cuma satu gol di belakang rekod tertinggi, dengan enam perlawanan masih berbaki.

Rekod itu dipegang skuad Bayern musim 1971-72 yang dibarisi legenda Franz Beckenbauer, Gerd Muller dan Uli Hoeness.

Berdasarkan prestasi semasa, Bayern dilihat berpeluang cerah untuk mencecah 121 gol, mengatasi rekod jaringan dicatatkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan La Liga.

Malah, rekod 125 gol milik Torino pada musim 1947-48 juga berpotensi dicabar jika rentak ini berterusan.

Bagaimanapun, Bayern mungkin terpaksa memburu rekod itu tanpa penyerang utama Harry Kane yang dilaporkan mengalami kecederaan buku lali.

Kane telah menjaringkan 31 gol dalam 26 penampilan Bundesliga turut mengejar pencapaian peribadi dan hanya kurang 10 gol untuk menyamai rekod 41 jaringan milik Robert Lewandowski pada musim 2020-21. – REUTERS