
KHARTOUM, 9 April -Sekurang-kurangnya 12 orang awam, termasuk enam kanak-kanak, terbunuh dalam satu serangan dron di bandar Kutum, pada Khamis.
RINGKASAN BERITA AI
- Mangsa yang dibawa ke hospital termasuk kanak-kanak, termasuk beberapa pelajar sekolah menengah.
- Seramai 16 lagi cedera, termasuk wanita dan kanak-kanak, kini menerima rawatan.
- Serangan mengenai kawasan kejiranan Al-Salama berhampiran Sekolah Perempuan Al-Um.
- El-Fasher Resistance Committee menyalahkan tentera Sudan; pertempuran dengan RSF bermula April 2023.
Sumber perubatan memaklumkan bahawa mangsa yang dibawa ke hospital bandar itu termasuk 12 yang maut, dengan enam daripadanya kanak-kanak, termasuk tiga pelajar sekolah menengah.
Seramai 16 lagi cedera, termasuk wanita dan kanak-kanak dan kini sedang menerima rawatan.
Kumpulan pro-demokrasi, El-Fasher Resistance Committee, berkata serangan pada Rabu itu mengenai kawasan kejiranan Al-Salama berhampiran Sekolah Perempuan Al-Um.
Kumpulan itu menyalahkan tentera Sudan atas serangan berkenaan, yang kini bertelagah dengan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) sejak April 2023. – AFP