
MIAMI, 29 Mac – Bintang tenis Belarus, Aryna Sabalenka memenangi gelaran kedua berturut-turut Terbuka Miami pada Ahad selepas menewaskan Coco Gauff 6-2, 4-6, 6-3.
- Melengkapkan Sunshine Double selepas menjuarai Indian Wells dan kejohanan elit awal musim.
- Menjadi pemain wanita kelima yang memenangi kedua-dua kejohanan WTA 1000 awal musim, pertama sejak Iga Swiatek 2022.
- Terus mempamerkan dominasi musim ini, satu-satunya kekalahan adalah di final Australian Open.
- Perlawanan sengit dengan Gauff, memecah servis awal dan set pertama tanpa hadapi break point, Gauff bangkit menangi set kedua.
Kejayaan tersebut sekali gus melengkapkan “Sunshine Double” selepas menjuarai Terbuka Indian Wells dan Miami.
Pemain nombor satu dunia dari Belarus itu, yang baru meraih kejuaraan pertamanya di kejohanan Indian Wells di California, menjadi pemain wanita kelima dan yang pertama sejak Iga Swiatek pada 2022 yang memenangi kedua-dua kejohanan elit awal musim WTA 1000 tersebut.
“Bunyi macam gila, macam tak realiti,” kata Sabalenka kepada Tennis Channel. “Saya sangat bersyukur, sangat gembira dan sangat bangga sekarang”, katanya.
Sabalenka terus mempamerkan dominasi dalam musim ini apabila satu-satunya kekalahan setakat ini adalah di final Australian Open kepada Elena Rybakina — yang kemudiannya ditewaskannya dalam final Indian Wells dan juga separuh akhir di Miami.
Sabalenka mematahkan servis Gauff pada permulaan perlawanan dan selepas Gauff menyelamatkan tiga mata ‘break’ dalam permainan kelima beliau sekali lagi memecahkan servis lawannya pada game ketujuh sebelum menutup set pertama dalam masa 37 minit tanpa menghadapi sebarang mata ‘break’.
Dalam set kedua yang sengit, peluang pertama ‘break point’ Gauff hasil pukulan ‘backhand passing’ yang tajam dalam permainan kedua mencetuskan sorakan penonton di Hard Rock Stadium, gelanggang yang terletak kira-kira sejam dari kediamannya di Delray Beach.
Namun Gauff gagal memanfaatkan peluang itu apabila pukulan ‘forehandnya tersangkut di jaring, membolehkan Sabalenka mengekalkan servis.
Gauff kemudian mempamerkan ketahanan mental apabila berjaya mempertahankan servis dalam perlawanan kelima meskipun mensia-siakan tiga mata permainan dan terpaksa menyelamatkan satu ‘break point’ sebelum memenangi permainan tersebut.
Dengan pukulan yang lebih konsisten, Gauff akhirnya berjaya memecahkan servis Sabalenka buat kali pertama untuk memenangi set kedua.
“Saya kenal Coco dengan baik,” kata Sabalenka. “Saya tahu dia tidak akan memberikan kemenangan ini dengan mudah. Saya tahu dia akan terus berjuang, bergerak dengan baik dan cuba mengembalikan setiap bola.”
“Saya terlepas beberapa peluang dalam set kedua, tetapi saya cuba kekal positif dari segi mental untuk set ketiga”, ujarnya. – AFP