Deretan kedai di Bamako musnah terbakar jejas jualan Aidiladha

Peniaga cuba menyelamatkan barangan selepas kebakaran di Grand Market Bamako, Mali/Foto REUTERS

BAMAKO, 22 Mei – Satu kebakaran besar memusnahkan deretan kedai di sebuah pasar utama di ibu negara Mali, Bamako, awal pagi tadi ketika peniaga membuat persiapan menjelang sambutan Aidiladha minggu depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di dapur tingkat atas, mencetuskan letupan dan merebak ke premis lain.
  • Pasukan bomba mengambil masa beberapa jam untuk mengawal kebakaran.
  • Kebakaran memusnahkan banyak barangan jualan.
  • Kebanyakan peniaga baru menambah stok untuk memenuhi permintaan Aidiladha, kini jualan terjejas.

Kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas di sebuah dapur tingkat atas sebelum mencetuskan letupan dan api merebak ke beberapa premis lain.

Pasukan bomba mengambil masa beberapa jam untuk mengawal kebakaran yang memusnahkan banyak barangan jualan.

Kebanyakan peniaga dilaporkan baru menambah stok barangan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat sempena perayaan Aidiladha. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.