Serangan udara Israel ragut empat nyawa penduduk Gaza

Penduduk Palestin berkumpul di lokasi rumah musnah akibat serangan Israel di kem pelarian Al-Maghazi, Gaza/Foto REUTERS

GAZA, 22 Mei – Sekurang-kurangnya empat individu maut manakala beberapa lagi cedera dalam siri serangan Israel di beberapa kawasan di Gaza hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serangan dilaporkan berlaku di Rafah, Khan Younis dan Beit Lahia di Gaza.
  • Maklumat serangan disampaikan oleh Agensi Berita dan Maklumat Palestin.
  • Operasi ketenteraan Zionis Israel dilaporkan mengorbankan 883 individu dan mencederakan 2,648 sejak Oktober 2025.
  • Laporan artikel ini disiarkan oleh REUTERS.

Menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin, serangan berlaku di Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza serta Beit Lahia.

Operasi ketenteraan Zionis Israel di wilayah itu telah mengorbankan 883 individu dan mencederakan 2,648 yang lain sejak fasa pertama perjanjian gencatan senjata bermula pada Oktober 2025. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.