Peru lupus lebih 11 tan dadah hasil rampasan polis

Gambar fail September 2014 menunjukkan pegawai anti-narkotik membakar rampasan kokain di Lima, Peru/Foto fail REUTERS

LIMA, 22 Mei – Peru melupuskan lebih 11 tan dadah yang dirampas daripada sindiket jenayah terancang dalam satu majlis khas di ibu negara, Lima, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dadah dimusnahkan melalui pembakaran selepas dirampas dalam operasi di seluruh negara.
  • Presiden Luis Arroyo berkata pemusnahan memberikan tamparan besar kepada ekonomi haram yang mencetuskan keganasan dan rasuah.
  • Tindakan itu mampu mengurangkan risiko jenayah dan melemahkan kegiatan sindiket dadah.
  • Polis melaporkan 272 makmal haram dimusnahkan dan 52 organisasi jenayah dilumpuhkan tahun ini.

Dadah itu dimusnahkan menerusi proses pembakaran selepas dirampas dalam pelbagai operasi di seluruh negara.

Presiden Majlis Menteri Peru, Luis Arroyo berkata, pemusnahan dadah itu memberi tamparan besar kepada ekonomi haram yang mencetuskan keganasan, rasuah dan ancaman keselamatan.

Katanya, tindakan melupuskan dadah itu mampu mengurangkan risiko jenayah pada masa sama melemahkan kegiatan sindiket dadah.

Polis Anti-Dadah Peru mendedahkan sebanyak 272 makmal dadah haram turut dimusnahkan setakat tahun ini.

Selain itu, pihak berkuasa berjaya melumpuhkan 52 organisasi jenayah sepanjang 2026 menerusi operasi anti-narkotik di seluruh negara. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.