
MEKAH, 22 Mei – Arab Saudi mengadakan perbarisan keselamatan di Mekah sebagai persediaan menghadapi musim Haji 2026.
RINGKASAN BERITA AI
- Perbarisan berlangsung ketika jutaan umat Islam mula tiba di Mekah untuk menunaikan ibadah Haji.
- Anggota keselamatan mempamerkan keupayaan operasi dan kawalan untuk memastikan kelancaran perjalanan ibadah.
- Dijangka dua hingga tiga juta jemaah akan menyertai musim Haji tahun ini.
- Musim Haji menyumbang besar kepada ekonomi Arab Saudi melalui penginapan, pengangkutan dan perkhidmatan kepada jemaah.
Perbarisan itu berlangsung ketika jutaan umat Islam dari seluruh dunia mula tiba di kota suci berkenaan bagi menunaikan ibadah Haji.
Anggota keselamatan dilihat berarak dan mempamerkan keupayaan operasi serta kawalan keselamatan bagi memastikan kelancaran perjalanan ibadah musim ini.
Dijangka dua hingga tiga juta jemaah akan menyertai musim Haji tahun ini.
Ibadah Haji merupakan rukun Islam kelima dan wajib ditunaikan sekali seumur hidup bagi umat Islam yang berkemampuan.
Musim Haji juga menjadi antara penyumbang utama ekonomi Arab Saudi menerusi sektor penginapan, pengangkutan dan perkhidmatan kepada jemaah. – REUTERS