ACC 2026: Trio negara raih perak acara pecut elit berpasukan wanita

Foto / Asian Cycling Confederation

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Skuad berbasikal trek wanita negara memenangi pingat perak dalam acara pecut elit berpasukan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2026 di Tagaytay City Velodrome, Filipina pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anis Amira Rosidi, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Nur Alyssa Mohd Farid catat masa 48.652s.
  • China (Xuehuang Luo, Lijuan Wang, Liying Yuan) raih emas dengan masa 46.806s.
  • Skuad pecut elit lelaki gagal raih gangsa, catat masa 44.405s tewas kepada Hong Kong (43.741s).

Trio negara dibarisi Anis Amira Rosidi, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Nur Alyssa Mohd Farid mencatat masa 48.652 saat (s) untuk meraih pingat berkenaan.

Pingat emas menjadi milik China yang dibarisi Xuehuang Luo, Lijuan Wang dan Liying Yuan dengan catatan masa 46.806s.

Dalam pada itu, impian skuad pecut elit lelaki negara untuk menuai pingat gangsa dalam acara sama tidak kesampaian.

Mohd Akmal Nazimi Jusena, Muhammad Ridwan Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis yang mencatat masa 44.405s tewas dalam perlumbaan penentuan pingat kepada pelumba Hong Kong dibarisi Tsz Chun Mok, Cheuk Hei To dan Tsun Ho Yung (43.741s).-BERNAMA