Nahas pesawat tentera Colombia, 68 terkorban

Foto AFP

BOGOTA, 25 Mac – Sekurang-kurangnya 68 orang terkorban dalam kemalangan udara melibat pesawat milik askar di Colombia.

RINGKASAN BERITA AI
  • C-130 Hercules terhempas satu kilometer dari landasan di Puerto Leguizamo, berhampiran sempadan dengan Peru.
  • Pesawat diperoleh dari Amerika Syarikat pada 2020, didakwa buatan 1983 dan dianggap rosak oleh pihak lawan.
  • Pesawat membawa 128 orang dan peluru; berpuluh-puluh cedera, termasuk penduduk yang cuba menyelamat dan cedera akibat peluru meletup.
  • Pihak berkuasa melaporkan seorang askar hilang; mayat akan dipindahkan untuk tindakan lanjut oleh Institut Perubatan Perundangan Kebangsaan.

Pesawat C-130 Hercules yang diperoleh dari Amerika Syarikat untuk tentera Colombia diterima pada 2020 itu terhempas satu kilometer dari landasan di bandar Puerto Leguizamo berhampiran sempadan dengan Peru.

Menurut maklumat terkini pesawat itu membawa 128 orang penumpang dan peluru.

Kemalangan itu masih dalam siasatan. Berpuluh-puluh orang cedera, termasuk penduduk yang  cuba menyelamatkan mangsa yang terselamat dan kemudiannya cedera akibat peluru yang meletup di bangkai pesawat.

Pihak berkuasa juga melaporkan bahawa seorang daripada askar itu hilang.

Presiden berhaluan kiri Gustavo Petro menyalahkan presiden terdahulu Ivan Duque kerana menerima pesawat rosak yang dikeluarkan Amerika pada 1983.

Duque menggelarkan Petro sebagai tidak bijak dan menggesanya untuk menjalankan siasatan merangkumi berat yang dibawa pesawat itu semasa berlepas serta keadaan landasan lapangan terbang berkenaan.

Gabenor Jabatan Putumayo Jhon Molina pula memberitahu bahawa lapangan terbang itu mempunyai beberapa masalah dan memerlukan banyak dana untuk dibaik pulih.

Tapak nahas hanya boleh diakses dengan pesawat atau perjalanan bot selama lima jam dari ibu kota Puerto Asis.

Mayat mangsa akan dipindahkan ke Bogota untuk tindakan lanjut, kata Institut Perubatan Perundangan Kebangsaan. -AFP