Mekanik rugi RM249,350 terpedaya skim pelaburan WhatsApp

Gambar Fail

TEMERLOH, 15 Mac – Seorang mekanik berusia 64 tahun mengalami kerugian sebanyak RM249,350 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud melalui aplikasi WhatsApp pada 22 Jun 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dihubungi dua individu tidak dikenali melalui WhatsApp menawarkan pelaburan Coin America dan saham dengan janji pulangan tinggi.
  • Mangsa membuat enam transaksi ke tiga akaun bank antara 2 September dan 3 November 2025 menggunakan wang simpanan.
  • Tiada pulangan diterima dan mangsa sedar ditipu selepas gagal menghubungi individu berkenaan.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan; polis menasihatkan orang ramai dapatkan nasihat balai polis sebelum melabur.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, mangsa menerima mesej daripada dua individu tidak dikenali yang menawarkan pelaburan dalam pembelian “Coin America” dan saham lain dengan janji pulangan tinggi dalam tempoh singkat.

Mangsa menggunakan wang simpanannya untuk melakukan enam transaksi ke tiga akaun bank yang diberikan suspek antara 2 September hingga 3 November 2025.

Namun, tiada pulangan diterima dan mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas gagal menghubungi individu berkenaan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Datuk Seri Yahaya menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan nasihat balai polis sebelum membuat sebarang pelaburan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.