Tenis Terbuka Indian Wells: Rybakina mara ke suku akhir

Bintang tenis wanita Kazakhstan, Elena Rybakina/REUTERS

CALIFORNIA, 12 Mac – Bintang tenis wanita Kazakhstan, Elena Rybakina mara ke suku akhir kejohanan Indian Wells Open selepas lawannya, Sonay Kartal, menarik diri akibat cedera ketika ketinggalan 6-4, 4-3 dalam perlawanan pusingan keempat pada Rabu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rybakina, pilihan ketiga kejohanan, mendominasi dengan dua break awal pada set pertama.
  • Kartal beberapa kali mendapatkan rawatan perubatan dan sempat menyamakan 3-3 pada set kedua.
  • Di suku akhir, Rybakina dijadual menentang Jessica Pegula, ulangan pertemuan separuh akhir Terbuka Australia.

Rybakina yang juga pilihan ketiga kejohanan mendominasi perlawanan dengan mendahului dua break pada set pertama yang menyaksikan lawannya, Kartal terpaksa beberapa kali mendapatkan rawatan perubatan.

Pemain Britain itu sempat bangkit untuk menyamakan kedudukan pada set kedua dengan 3-3.

Namun Rybakina kembali menguasai permainan apabila mematahkan servis lawannya pada permainan ketujuh.

Kartal kemudian mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perlawanan sekali gus menarik diri daripada perlawanan berkenaan.

Kemenangan itu membolehkan Rybakina mara ke suku akhir menentang wakil Amerika Syarikat, Jesicca Pegula.

Pertemuan itu bakal mengulangi aksi pertembungan separuh akhir terbuka Australia yang dimenangi Rybakina. – REUTERS

Di suku akhir nanti, Rybakina dijadual menentang Jessica Pegula dalam aksi ulangan pertemuan separuh akhir Terbuka Australian . – REUTERS