Lelaki maut terjatuh dalam tangki air ketika kerja kimpalan

Mangsa maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam tangki air/Foto Bomba

IPOH, 28 Julai – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh ke dalam tangki air ketika melakukan kerja-kerja kimpalan di kawasan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Nazrin Yaakob, 34, dipercayai terjatuh ketika membaiki tangga di dalam tangki air.
  • JBPM menerima panggilan kecemasan pada 3.46 petang, lima anggota BBP Parit digerakkan ke lokasi.
  • Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan KKM, mayat diserahkan kepada polis, operasi tamat 4.50 petang.

Mangsa dikenal pasti sebagai Muhammad Nazrin Yaakob, 34, yang dipercayai terjatuh ketika membaiki tangga di dalam tangki air berkenaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.46 petang sebelum lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata, anggota bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan tali penyelamat.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala operasi ditamatkan pada pukul 4.50 petang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.