Menara Merdeka 118 dinamakan semula kepada Menara Merdeka Maybank

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Menara Merdeka 118 secara rasmi dinamakan semula kepada Menara Merdeka Maybank berkuatkuasa hari ini, menurut kenyataan kumpulan perbankan itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penamaan semula mencerminkan kehadiran Maybank di bangunan mercu tanda itu sebagai ibu pejabatnya.
  • Alamat berdaftar baharu ibu pejabat: Aras 70, Menara Merdeka Maybank, Presint Merdeka 118, 50118 Kuala Lumpur.
  • Bekas ibu pejabat di Jalan Tun Perak, sebelum ini Menara Maybank, akan dinamakan semula Menara Tun Perak.
  • Penamaan semula tidak menjejaskan pelanggan; semua perkhidmatan perbankan akan terus beroperasi seperti biasa.

Maybank menyatakan, penamaan semula itu mencerminkan kehadiran kumpulan itu di bangunan mercu tanda yang kini menjadi ibu pejabatnya.

”Alamat berdaftar baharu ibu pejabat Maybank adalah Aras 70, Menara Merdeka Maybank, Presint Merdeka 118, 50118 Kuala Lumpur.

”Seiring dengan pengumuman ini, bekas ibu pejabat Maybank di Jalan Tun Perak, yang sebelum ini dikenali sebagai Menara Maybank, akan dinamakan semula sebagai Menara Tun Perak,” jelas kenyataan itu.

Maybank turut memaklumkan, Cawangan Utama Kuala Lumpur akan terus beroperasi dari Menara Tun Perak sehingga dimaklumkan kelak.

Penamaan semula ini tidak akan memberi kesan kepada pelanggan yang mempunyai akaun di cawangan tersebut, dan semua perkhidmatan perbankan akan terus beroperasi seperti biasa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.