Konflik Asia Barat: Masjid, surau di Wilayah Persekutuan adakan solat hajat

Konflik Amerika-Iran. Foto AFP

KUALA LUMPUR, 11 Mac– Semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam di Asia Barat yang kini berdepan krisis peperangan yang semakin meruncing.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menjawab seruan Dr. Zulkifli Hasan agar umat Islam bersama-sama memohon keamanan sejagat.
  • Umat digalakkan menambah ibadah terutama 10 malam terakhir Ramadan dan memperbanyakkan doa.
  • Usaha diharap memperkukuh solidariti dan keprihatinan terhadap nasib saudara seagama yang berdepan konflik.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu kenyataan memaklumkan, ia akan dilaksana sejurus selepas solat Jumaat.

Katanya, pelaksanaan Solat Hajat itu adalah bagi menyahut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan agar umat Islam bersama-sama memohon keamanan sejagat.

Kenyataan itu juga menyebut agar umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan mengambil kesempatan menambah ibadah terutama 10 malam terakhir Ramadan dengan memperbanyakkan doa termasuk memohon agar peperangan di Asia Barat segera dihentikan.

Selain itu, usaha tersebut juga diharap dapat memperkukuh solidariti dan keprihatinan umat Islam terhadap nasib saudara seagama yang sedang berdepan konflik.