Rosenior jangka perlawanan sukar menentang PSG

Pengurus Chelsea, Liam Rosenior akui perlawanan menentang PSG bakal berlangsung sengit di Paris./AFP

PARIS, 11 Mac – Pengurus Chelsea, Liam Rosenior, berkata beliau menjangkakan perlawanan sukar menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • PSG mempunyai pemain bertaraf dunia setanding dengan pemain pasukannya.
  • Chelsea mesti mengekalkan semangat dan intensiti untuk menewaskan juara.
  • Rosenior mengagumi Luis Enrique sebagai tokoh hebat kedua sebagai pemain dan jurulatih.
  • Rosenior akan mengenang perlawanan ini sebagai salah satu pengalaman terbaik dan memuji kualiti Ligue 1.

Menurut Rosenior, juara bertahan PSG mempunyai pemain bertaraf dunia, sama seperti pasukannya sendiri.

“Kami perlu mengekalkan semangat dan intensiti untuk memenangi perlawanan ini kerana PSG adalah juara. Itulah yang diperlukan untuk menjuarai trofi,” katanya.

Bekas pengurus RC Strasbourg itu berkata beliau mengagumi pengurus PSG, Luis Enrique, baik sebagai pemain mahupun jurulatih.

“Saya akan mengenang ini sebagai salah satu pengalaman terbaik dalam hidup saya,” katanya sambil memuji kualiti liga Ligue 1. – REUTERS