Indian Wells: Sinner dan Zverev teruskan kemaraan, Shelton tersingkir

 Sinner pamer penguasaan untuk mudah ke pusingan 16 terakhir / AFP

INDIAN WELLS, 9 Mac – Pemain nombor dua dunia, Jannik Sinner, mengukuhkan statusnya sebagai antara pilihan utama kejohanan selepas berjaya menempah tiket ke pusingan 16 terakhir Terbuka Indian Wells awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sinner pamer dominasi, menundukkan Denis Shapovalov 6-3, 6-2 dalam 71 minit.
  • Alexander Zverev terpaksa berhempas pulas, menang 7-6, 5-7, 6-4 ke atas Brandon Nakashima.
  • Kejutan berlaku apabila Ben Shelton tersingkir awal, tewas kepada rakan senegara Learner Tien 7-6, 4-6, 6-3.

Bintang tenis Itali yang diletakkan sebagai pilihan kedua itu mempamerkan dominasi apabila menundukkan wakil Kanada, Denis Shapovalov menerusi kemenangan straight sets 6-3, 6-2.

Sinner hanya memerlukan tempoh 71 minit untuk menoktahkan kemenangan tersebut.

Beliau dijadualkan bertemu sama ada pemain tuan rumah, Tommy Paul atau bintang muda Brazil, Joao Fonseca dalam usaha merebut slot ke peringkat suku akhir.

 Zverev ketika membalas pukulan Nakashima / AFP

Dalam pada itu, pilihan keempat dari Jerman, Alexander Zverev, terpaksa bekerja keras sebelum berjaya menewaskan pilihan ke-28 yang juga merupakan pemain tuan rumah, Brandon Nakashima.

Zverev dipaksa bermain sehingga ke set penentuan sebelum menang dengan keputusan 7-6, 5-7, 6-4 dalam perlawanan penuh dramatik.

Beliau bakal bertemu pemain Amerika Syarikat, Francis Tiafoe pada pusigan berikutnya.

 Shelton melangkah keluar dengan kekecewaan selepas tersingkir awal / AFP

Sementara tu, kejutan terbesar pada pusingan kali ini menyaksikan pemain pilihan kelapan dari Amerika Syarikat, Ben Shelton tersingkir awal dalam pertembungan dengan rakan senegara, Learner Tien.

Shelton ditunjukkan jalan keluar dengan keputusan 7-6, 4-6, 6-3.-REUTERS