Houthi dakwa sasar kapal musuh di Laut Merah

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Sarea

YAMAN, 25 Ogos — Sebuah kapal tangki minyak yang disifatkan sebagai kapal musuh dipercayai disasarkan kumpulan Houthi di Laut Merah utara, berhampiran pantai Yanbu, Arab Saudi, menggunakan peluru berpandu balistik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jurucakap Houthi Yahya Sarea kata serangan terhadap kapal Amzan tepat dan menyebabkan kebakaran.
  • Syarikat perkapalan Bahri mengesahkan Amzan terlibat; semua anak kapal selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.
  • UKMTO lapor kapal terkena objek tidak dikenali; tiada impak alam sekitar; serangan Houthi terhadap kapal berkaitan Arab Saudi meningkat.

Jurucakap tentera Houthi, Yahya Sarea, berkata serangan terhadap kapal tangki minyak Amzan itu tepat dan menyebabkan kebakaran pada kapal berkenaan.

Menurutnya, beberapa kapal lain yang berada di kawasan sasaran turut meninggalkan lokasi selepas serangan itu.

Syarikat perkapalan nasional Arab Saudi, Bahri, kemudian mengesahkan kapal Amzan terbabit dalam satu insiden maritim di Laut Merah.

Bagaimanapun, semua anak kapal dilaporkan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.

Sebelum itu, agensi United Kingdom Maritime Trade Operations (UKMTO) memaklumkan sebuah kapal tangki terkena objek tidak dikenali kira-kira 63 batu nautika (117 kilometer) barat Yanbu.

Semua anak kapal dilaporkan selamat dan tiada kesan terhadap alam sekitar dilaporkan.

Serangan itu berlaku ketika kumpulan Houthi meningkatkan tindakan terhadap kapal yang mempunyai kaitan dengan Arab Saudi di Laut Merah. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.