
JOHOR BAHRU, 6 Mac -Sebanyak 120 lokasi melibatkan 15 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan diberi tumpuan sepanjang Operasi Sisa Pepejal Aidilfitri Johor, yang berlangsung dari 15 hingga 22 Mac.
- 4,500 pekerja dan 620 jentera dikerah untuk operasi pembersihan Aidilfitri.
- Pemberitahuan kepada orang ramai: jangan letakkan kenderaan atau halangan di laluan kompaktor untuk memudahkan kutipan sisa.
- SWM akan uruskan sisa pukal, sisa kebun dan barangan kitar semula mengikut jadual sepanjang Aidilfitri.
Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, berkata seramai 4,500 pekerja pembersihan bersama 620 jentera akan ditugaskan sepanjang operasi tersebut.
“Kita ingin mengesyorkan ataupun memberi peringatan kepada semua masyarakat dalam tempoh operasi khas, untuk tidak meletakkan sebarang halangan seperti kenderaan di laluan kompaktor.
“Kadang-kadang perkara-perkara ini berlaku akan menyebabkan kesukaran di pihak pekerja kita untuk buat melaksanakan kutipan,” katanya kepada pemberita pada Pelancaran Operasi Sisa Pepejal Aidilfitri Johor di Kampung Dato Onn Larkin, di sini.
SWM bersedia menguruskan sisa pukal, sisa kebun dan barangan kitar semula sepanjang Aidilfitri mengikut ketetapan jadual.