Empat rumah musnah dalam kebakaran di Permatang Kerai Besar

Foto JBPM

KEPALA BATAS, 22 Februari -Sebanyak empat buah rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Permatang Kerai Besar di sini, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Empat rumah musnah hampir 80 peratus, melibatkan 21 penghuni dewasa.
  • Kebakaran merebak cepat kerana jarak rumah terlalu dekat.
  • Tiada kemalangan jiwa; operasi pemadaman bermula 5.06 pagi dan tamat 9.32 pagi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang , John Sagun Francis berkata, kebakaran merebak dengan cepat ke rumah bersebelahan disebabkan jarak antara rumah yang terlalu dekat.

“Keempat-empat rumah yang didiami 21 penghuni kesemuanya dewasa, musnah hampir 80 peratus.

“Kebakaran turut memusnahkan dua buah kereta serta lima buah motosikal,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.06 minit pagi dan tiba di lokasi kejadian 9 minit kemudian.

“Kerja-kerja pemadaman dan pengawalan kebakaran berjaya dikawal pada pukul 6.00 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 9.32 minit pagi,” katanya.