Harga barangan di Pasar Chow Kit masih berpatutan, minggu pertama Ramadan

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 22 Februari –Memasuki minggu pertama Ramadan, suasana di Pasar Chow Kit kekal terkawal apabila majoriti pengunjung menyatakan harga barangan masih berpatutan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Harga barangan di Pasar Chow Kit kekal berpatutan meskipun ada sedikit kenaikan menjelang Ramadan.
  • Peniaga melaporkan bekalan harian stabil, dengan harga ditentukan oleh permintaan semasa.
  • Harga ayam dan daging lembu meningkat disebabkan permintaan tinggi, mempengaruhi harga jualan.

Tinjauan RTM mendapati walaupun terdapat sedikit kenaikan harga, ia disifatkan sebagai munasabah dan lazim menjelang musim perayaan.

“Yang saya tengok hari ini Alhamdulilah harga barang sangat berpatutan, barang-barang basah segar-segar,” pelanggan, Aidil Najmi.

“Normal jika harga begitu. Ia masih berpatutan dan kadangkala berlaku sedikit turun naik, namun perubahannya tidak ketara seperti kebiasaan,” pelanggan, Noriza Yusoff.

Sementara itu, peniaga memaklumkan bekalan harian kekal stabil dengan harga ditentukan oleh permintaan semasa.

Namun, harga ayam segar dan daging lembu mencatat peningkatan susulan permintaan tinggi.

“Sambutan pengunjung masih menggalakkan apabila mereka tetap membeli makanan walaupun harga sedikit mahal.

“Contohnya ayam kampung, sebelum ini saya jual pada harga RM16, namun sekarang terpaksa dijual pada harga RM18. Tidak dapat dielakkan kerana harga bekalan memang meningkat,” kata peniaga, Sazali Latif.