Banjir kilat landa Kampung Melayu Subang

FOTO JBPM

SHAH ALAM, 16 Februari – Kampung Melayu Subang dilanda banjir kilat malam ini dengan anggaran ketinggian air mencecah 0.5 meter.

RINGKASAN BERITA AI
  • Banjir kilat melanda Kampung Melayu Subang malam ini dengan ketinggian air sekitar 0.5 meter.
  • Keadaan dan trend air semakin menurun kerana hujan mulai reda, menurut Komander Operasi.
  • Operasi melibatkan lima anggota dan satu jentera FRT; tiada pusat pemindahan sementara dibuka.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) 1 Marzu Abdullah, keadaan dan trend air didapati semakin menurun berikutan hujan yang semakin reda.

“Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka. Operasi melibatkan lima anggota dengan kekuatan satu jentera FRT,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 8.30 malam sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong digerakkan ke lokasi.

Jentera berkenaan tiba di tempat kejadian pada pukul 8.47 malam selepas menempuh jarak kira-kira 15 kilometer.