Perbadanan Labuan ‘A’ juara boling padang Karnival Hari Terbuka Labuan

FOTO PERBADANAN LABUAN

LABUAN, 8 Februari – Pasukan Perbadanan Labuan ‘A’ muncul juara Kejohanan Lawn Bowls Mixed Triples Agensi Kerajaan sempena Karnival Hari Terbuka Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2026 peringkat Labuan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perbadanan Labuan ‘A’ menewaskan JPNWPL ‘B’ di perlawanan akhir untuk merangkul hadiah wang tunai RM1,500 dan medal.
  • Tempat ketiga dikongsi JPJ ‘A’ dan Perbadanan Labuan ‘C’, masing-masing menerima RM800 dan medal.
  • Jumlah keseluruhan hadiah hampir RM8,000 dengan penyampaian oleh Timbalan Pengarah MSWP, Lidyawati Hamzah.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lalu itu diadakan di Arena Boling Padang Antarabangsa Labuan dan disertai 23 pasukan daripada pelbagai jabatan serta agensi kerajaan di Labuan.

Pada perlawanan akhir, pasukan Perbadanan Labuan ‘A’ menewaskan pasukan Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan (JPNWPL) ‘B’ untuk merangkul hadiah wang tunai RM1,500 berserta medal.

Pasukan JPNWPL ‘B’ pula muncul naib johan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200 berserta medal.

Tempat ketiga bersama menjadi milik pasukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ‘A’ dan Perbadanan Labuan ‘C’, dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM800 serta medal.

Selain itu, 16 pasukan terbaik turut menerima hadiah saguhati, melibatkan RM600 bagi lapan pasukan terbaik dan RM300 bagi 16 pasukan terbaik.

Kejohanan berkenaan menawarkan jumlah keseluruhan hadiah hampir RM8,000.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Lidyawati Hamzah.

Turut hadir Presiden Persatuan Boling Padang Wilayah Persekutuan Labuan, Hassan Jinin.

Pasukan Perbadanan Labuan ‘A’ muncul juara Kejohanan Lawn Bowls Mixed Triples Agensi Kerajaan