Tiga ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua

PDRM

BUTTERWORTH, 5 Februari- Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang wanita yang ditemukan mati, dipercayai dibunuh di kediamannya di tingkat satu Flat Sri Murni, Sungai Dua di sini semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiga lelaki ditahan di Bukit Mertajam dan Kubang Semang untuk membantu siasatan kes pembunuhan di Flat Sri Murni.
  • Salah seorang suspek berusia 38 hingga 45 tahun disahkan positif dadah jenis ketamin.
  • Mayat mangsa, ibu tunggal berusia 41 tahun, ditemui dengan kesan kelar di leher; jiran melaporkan pintu terbuka.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata kesemua suspek ditahan di Bukit Mertajam dan Kubang Semang dalam tempoh 24 jam selepas kejadian.

Mereka masing-masing berusia antara 38 hingga 45 tahun, dengan salah seorang disahkan positif dadah jenis ketamin.

Semalam, media melaporkan mangsa berusia 41 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil di sebuah bilik dalam rumah berkenaan dengan kesan kelar pada lehernya.

Difahamkan, kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis oleh jiran pada 1.40 tengah hari selepas mangsa, yang juga seorang ibu tunggal tidak memberi sebarang respons meskipun pintu rumahnya didapati terbuka manakala pagar jeriji berkunci.

Mangsa dikatakan mengambil upah menghantar beberapa pelajar yang tinggal di flat berkenaan ke sekolah dan menetap di rumah itu bersama anak lelakinya yang berusia 15 tahun.

Majlis Konvokesyen INFRA rai, tauliah 179 graduan

Artikel Tajaan

TEMAN TEKUN Sabah salur RM25.17 juta sepanjang 2025, perkasa usahawan tempatan

Artikel Tajaan