
KULAI, 31 Januari – Seramai 120 penduduk di Kulai, Johor menghadiri tayangan khas filem The Voice of Hind Rajab, anjuran Pejabat Parlimen Kulai.
- Filem digunakan sebagai medium pendidikan dan meningkatkan kesedaran awam tentang isu kemanusiaan.
- Pesan solidariti kemanusiaan melangkaui bangsa, budaya dan agama dalam menghadapi konflik global.
- Karya ini mengangkat suara golongan tertindas melalui kisah benar seorang kanak-kanak Palestin.
Ahli Parlimennya, Teo Nie Ching berkata, penganjuran itu bukan sekadar tontonan hiburan semata-mata, sebaliknya medium pendidikan dan suntikan kesedaran awam.
Filem terbabit menekankan nilai solidariti kemanusiaan yang melangkaui batas bangsa, budaya dan agama, dalam mendepani konflik global.
“Karya berkenaan meraih sambutan positif industri perfileman antarabangsa, dengan Malaysia di tangga ketiga jumlah tontonan tertinggi dunia.
“Pencapaian tersebut mencerminkan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap isu kemanusiaan antarabangsa, serta sokongan terhadap karya yang mengangkat suara golongan tertindas, ” katanya menerusi kenyataan.
Filem arahan pengarah dari Tunisia, Kaouther Ben Hania itu mengangkat tragedi menimpa seorang kanak-kanak Palestin di Gaza, yang diilhamkan daripada kisah benar.