PBB rancang bawa pulang kanak-kanak Palestin kembali ke sekolah

PBB mengumumkan pada Selasa satu usaha besar untuk membawa pulang ratusan ribu kanak-kanak kembali ke sekolah. Foto/AFP

GENEVA, 27 Januari – Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan pada Selasa satu usaha besar untuk membawa pulang ratusan ribu kanak-kanak kembali ke sekolah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Usaha besar PBB untuk membawa puluhan hingga ratusan ribu kanak-kanak Palestin kembali ke sekolah.
  • Kerosakan atau pemusnahan hampir 90% sekolah di Gaza menyebabkan lebih 700,000 kanak-kanak kehilangan pendidikan formal.
  • UNICEF perlukan $86 juta dan meningkatkan inisiatif pendidikan, menyokong 135,400 pelajar di lebih 110 ruang pembelajaran.

Ini berikutan, sejak permulaan konflik dengan Israel, hampir 90 peratus sekolah di Gaza telah rosak atau musnah.

Situasi itu menyaksikan lebih 700,000 kanak-kanak tidak mendapat akses pendidikan formal.

“Hampir dua setengah tahun serangan ke atas persekolahan Gaza telah menyebabkan seluruh generasi berisiko.

“UNICEF (Tabung Kanak-Kanak PBB) juga memerlukan $86 juta untuk program pendidikannya di Gaza tahun ini.,” kata jurucakap PBB James Elder.

Tambah beliau, UNICEF pada masa sama akan meningkatkan inisiatif pendidikannya di wilayah Palestin secara berperingkat.

Organisasi itu kini menyokong lebih 135,400 kanak-kanak yang menerima pendidikan di lebih 110 ruang pembelajaran di Gaza, kebanyakan mereka tinggal dalam khemah. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.