
MELBOURNE, 27 Januari – Rekod suhu tertinggi sepanjang masa di negeri Victoria, tenggara Australia mencatatkan suhu maksimum 48.9 darjah Celsius, paling tinggi sejak tahun 2009.
- Rekod suhu tertinggi negeri Victoria dicatatkan, mencapai 48.9 darjah Celsius, paling tinggi sejak 2009.
- Beberapa kawasan terjejas termasuk Walpeup dan Hopetoun, serta Lapangan Terbang Melbourne merekodkan 44.1 darjah Celsius.
- Pihak berkuasa menggesa orang ramai kekal terhidrat, melindungi diri daripada haba melampau dan mematuhi arahan pemindahan.
Antara kawasan terkesan ialah pekan kecil Walpeup, kira-kira 400 kilometer barat laut Melbourne, serta lapangan terbang di pekan berdekatan Hopetoun.
Suhu maksimum 44.1 darjah Celsius juga direkodkan di Lapangan Terbang Melbourne sejurus pada pukul 3.30 petang waktu tempatan pada Selasa.
Pihak berkuasa tempatan menggesa penduduk di seluruh negeri itu agar kekal terhidrat dan mengambil langkah melindungi diri daripada haba melampau.
Situasi berkenaan boleh menyebabkan masalah kesihatan berbahaya dan berpotensi membawa maut seperti keletihan haba, strok haba, serta mencetuskan serangan jantung atau angin ahmar.
Perintah pemindahan dikeluarkan pada Isnin melibatkan lebih 1,100 hartanah di Carlisle River dan bandar sekitarnya berikutan ancaman cuaca ekstrem.- Bernama