KUALA LUMPUR, 26 Oktober – ASEAN akan terus berusaha mewujudkan keadaan yang kondusif ke arah keamanan salah satu negara anggotanya, Myanmar.
- ASEAN berusaha mewujudkan keadaan kondusif menuju keamanan di Myanmar melalui tindakan berperingkat dan diplomasi.
- Usaha memerlukan kesabaran, keazaman dan pemahaman terhadap situasi sebenar di lapangan.
- Panduan Konsensus Lima Perkara dan kerjasama saluran serta rakan digunakan untuk kurangkan keganasan dan krisis kemanusiaan.
- Keamanan berkekalan mesti dipimpin, dimiliki oleh Myanmar sendiri; ASEAN bincang penghantaran pemerhati serta inisiatif lain.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah tersebut memerlukan kesabaran dan keazaman, selain memahami situasi sebenar di lapangan.
“Usaha tersebut turut dipandu oleh Konsensus Lima Perkara. ASEAN telah menggunakan setiap saluran dan rakan kerjasama yang ada untuk mengurangkan keganasan dan meringankan krisis kemanusiaan.
“Namun, keamanan yang berkekalan tidak boleh dipaksa. Ia mesti dipimpin dan dimiliki oleh Myanmar sendiri. Hanya dengan cara itu rekonsiliasi dapat bertahan.” katanya ketika berucap bersempena Majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.
Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ASEAN akan meneruskan perbincangan mengenai penghantaran pemerhati ke Myanmar, bersama beberapa inisiatif bertujuan menangani krisis di negara berkenaan.