Banjir: 29 PPS masih beroperasi di Perak

IPOH, 26 Oktober – Seramai 2,644 penduduk terkesan banjir di negeri ini masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 12 tengah hari.

RINGKASAN BERITA AI
  • 2,644 penduduk masih berlindung di pusat pemindahan sementara di Perak setakat tengah hari.
  • 29 PPS masih beroperasi melibatkan lima daerah dan menempatkan 892 keluarga.
  • Daerah Larut, Matang dan Selama paling terjejas dengan 19 PPS menempatkan 1,811 penduduk.
  • Manjung mempunyai lima PPS menempatkan 566 penduduk daripada 188 keluarga.
  • Kolam Air Bukit Merah dilaporkan pada paras bahaya, bacaan 8.89 meter menurut JPS negeri.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak menerusi kenyataan memaklumkan, 29 PPS masih dibuka melibatkan lima daerah yang menempatkan 892 keluarga.

“Larut, Matang dan Selama kekal daerah paling terjejas dengan 1,811 penduduk daripada 615 keluarga berlindung di 19 PPS. Di Manjung pula, 566 penduduk daripada 188 keluarga ditempatkan di lima PPS.

“Sementara di Kerian, 136 penduduk daripada 54 keluarga dipindahkan ke tiga PPS yang masih dibuka manakala masing-masing satu PPS dibuka di Perak Tengah dan Hilir Perak,” jelas kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri memaklumkan Kolam Air Bukit Merah masih berada di paras bahaya iaitu pada bacaan 8.89 meter.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.