Ratusan tahanan Palestin dipindahkan ke dua penjara utama Israel

BAITULMAQDIS, 11 Oktober – Ratusan tahanan Palestin dipindahkan ke dua penjara utama Israel sebagai persediaan untuk pembebasan mereka di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ratusan tahanan Palestin dipindahkan ke dua penjara utama Israel sebagai persediaan pembebasan.
  • Ribuan pegawai keselamatan dan penjara bekerja sepanjang malam untuk melaksanakan pembebasan tebusan.
  • Israel akan melepaskan 250 tahanan Palestin, termasuk yang dihukum penjara seumur hidup, menurut perjanjian.
  • Hamas dijangka membebaskan 48 tebusan Israel sebelum Isnin sebagai sebahagian pelan gencatan senjata.

Ribuan pegawai keselamatan dan penjara bekerja sepanjang malam bagi melaksanakan pembebasan semua tebusan yang masih ditahan Israel.

Di bawah perjanjian pelan damai itu, Israel dijadual melepaskan 250 tahanan Palestin, termasuk mereka yang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Hamas pula akan membebaskan 48 tebusan Israel yang akan selewat-lewatnya Isnin ini.

Langkah itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha pelaksanaan gencatan senjata yang dicapai selepas dua tahun konflik yang telah mengorbankan puluhan ribu rakyat Palestin dan menghancurkan sebahagian besar Gaza. – AFP