Malaysia seru komitmen antarabangsa bendung Islamofobia

Foto RTM

NEW YORK, 26 September – Malaysia menyeru usaha lebih bersepadu di peringkat antarabangsa untuk menangani peningkatan sikap tidak bertoleransi, xenofobia dan diskriminasi agama, termasuk Islamofobia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menekankan keperluan mengawal penyebaran ucapan kebencian dalam ruang digital dan menangani peranan platform dalam menyebarkannya.
  • Mengalu-alukan pelantikan Utusan Khas PBB bagi memerangi Islamofobia serta menyokong pelantikan wakil khas Malaysia.
  • Menggesa kerjasama syarikat teknologi, masyarakat sivil dan negara anggota untuk mewujudkan ekosistem digital bertanggungjawab dan piawaian perlindungan hak.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata usaha itu perlu turut memberi perhatian kepada penyebaran ucapan kebencian dalam ruang digital.

Berucap pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Perikatan Tamadun Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York, beliau menegaskan kepentingan dialog, saling menghormati dan kewujudan bersama secara aman.

Malaysia turut menyambut baik pelantikan Utusan Khas PBB bagi memerangi Islamofobia.

“Malaysia mengalu-alukan pelantikan Utusan Khas PBB bagi Memerangi Islamofobia, yang selaras dengan pelantikan wakil khas Malaysia sendiri bagi memerangi Islamofobia,” katanya.

Malaysia berpandangan platform digital boleh menjadi medan penyebaran ucapan kebencian tanpa kawalan.

Justeru beliau turut menyeru syarikat teknologi, masyarakat sivil dan negara anggota supaya mewujudkan ekosistem digital yang bertanggungjawab.

Malaysia turut menyatakan sokongan terhadap usaha antarabangsa membangunkan piawaian bagi membendung kebencian dalam talian, sambil melindungi hak asasi manusia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.