
NEW YORK, 26 September – Malaysia menegaskan undang-undang antarabangsa tidak boleh sekadar menjadi peraturan di atas kertas.
- Undang-undang antarabangsa mesti dikuatkuasakan secara konsisten tanpa pengecualian.
- Isu Palestin dianggap ujian terhadap komitmen antarabangsa terhadap kedaulatan undang-undang.
- Keputusan mahkamah antarabangsa dan resolusi PBB perlu dihormati serta dilaksanakan.
- Sokongan kepada Kumpulan The Hague untuk tingkatkan penyelarasan, perkongsian mekanisme dan badan penguatkuasaan antarabangsa.
Sebaliknya undang-undang mesti dikuatkuasakan secara konsisten tanpa pengecualian.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata isu Palestin menjadi ujian terhadap komitmen masyarakat antarabangsa kepada prinsip kedaulatan undang-undang.
Malaysia menegaskan keputusan mahkamah antarabangsa, resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan kewajipan undang-undang yang jelas perlu dihormati dan dilaksana.
“Persoalan Palestin kekal menjadi ujian penting terhadap komitmen masyarakat antarabangsa kepada kedaulatan undang-undang.
“Ia menguji satu prinsip asas, sama ada undang-undang antarabangsa terpakai secara sejagat kepada semua negara, atau sebaliknya tunduk kepada kehendak pihak yang beranggapan bahawa kuasa menentukan siapa yang benar,” katanya.
Beliau menyampaikan ucapan intervensi pada Mesyuarat Luar Biasa, Menteri-Menteri Kumpulan The Hague di New York, sempena Perhimpunan Agung PBB ke-81.
Jelasnya, Malaysia menyokong usaha Kumpulan The Hague untuk memperkukuh tindakan kolektif dalam mempertahankan undang-undang antarabangsa.
Ini termasuk meningkatkan penyelarasan, perkongsian mekanisme dan menyokong badan-badan penguatkuasaan antarabangsa.