fb fb fb fb fb

Yeoh Kay Bin, ketua jurulatih baharu Zii Jia

Foto X LZJ

KUALA LUMPUR, 25 Disember- Bekas pemain badminton perseorangan lelaki kebangsaan, Yeoh Kay Bin dilantik selaku ketua jurulatih baharu bagi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia.

Team LZJ dalam kenyataannya di platform X memaklumkan pelantikan itu adalah untuk membawa Zii Jia ke fasa seterusnya.

Pelantikan ketua jurulatih berusia 44 tahun itu susulan mempunyai pengalaman kejurulatihan yang luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Kay Bin menggantikan Wong Tat Meng, susulan kontraknya tamat pada 31 Disember ini.

Kay Bin adalah bekas naib juara dunia remaja di Kejohanan Remaja Dunia 1998 di Melbourne dan memenangi pingat gangsa di Kejohanan Asia 2007 di Johor Bahru.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM