
KUALA LUMPUR, 23 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan selamat maju jaya kepada kontinjen Malaysia ke temasya Sukan Komanwel Glasgow 2026.
RINGKASAN BERITA AI
- Galakan agar atlet berjuang dengan semangat tinggi dan memberikan yang terbaik dengan kejujuran dan maruah.
- Penekanan untuk menjunjung nilai disiplin, integriti dan kesukanan sepanjang pertandingan.
- Doa agar segala usaha dipermudah dan membuahkan kejayaan yang membanggakan.
- Seruan patriotik "Ayuh, demi Malaysia" sebagai dorongan menyatukan kontinjen dan penyokong.
Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar berharap atlet negara akan berjuang dengan semangat tinggi, menjunjung nilai disiplin, integriti dan kesukanan.
“Berjuanglah dengan semangat yang tinggi, menjunjung nilai disiplin, integriti dan kesukanan, kerana kemenangan yang paling bermakna ialah apabila kita memberikan yang terbaik dengan penuh kejujuran dan maruah.
“Semoga segala usaha dipermudah, dikurniakan kejayaan yang membanggakan serta mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
“Ayuh, demi Malaysia,” katanya.