IPOH, 10 Mei - Kedudukan lima teratas dengan sekurang-kurangnya 30 hingga 35 pingat emas menjadi sasaran Kontinjen Perak pada Temasya yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos ini.
Menurut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah, bagi merealisasikan sasaran tersebut tumpuan akan diberikan kepada acara sukan yang berpotensi menyumbang pingat emas.
"Mungkin untuk Sukma di Sarawak kali ke 21 ini sasaran kita paling kurang 30 ataupun 35 untuk kita berada di ranking paling kurang nombor lima terbaik dalam Sukma sepanjang penglibatan Negeri Perak dalam sukma ini.
"Jadi,penumpuan ini juga kita klusterkan supaya kita beri tumpuan sukan-sukan yang mungkin boleh mencipta kejuaraan dan seperti slogan kita 'Perak kepada Emas'", katanya di sini.
Sukma 2024 dijadual berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.