LONDON, 27 Mei - Southampton berjaya kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Leeds United 1-0 pada perlawanan 'playoff' kejuaraan di Stadium Wambley pada Ahad.
Jaringan tunggal Adam Armstrong pada separuh masa kedua sudah cukup membolehkan Southampton untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL).
Southampton bakal menyertai Juara Liga Kejuaraan, Leicester City, dan Naib juara, Ipswich Town ke Liga Perdana Inggeris musim depan.
Beraksi di EPL bakal membolehkan skuad 'Saints' menerima keuntungan atas angin sebanyak 140 juta Pounds atau AS$178.36 juta menurut analisis daripada Kumpulan Perniagaan Sukan Deloitte.
Jumlah tersebut bakal bertambah sekiranya Southampton berjaya mengelakkan penyingkiran pada musim pertama di EPL tahun depan.-REUTERS