fb fb fb fb fb

Serangan tidak bermoral babitkan Faisal Halim, Sultan Selangor titah siasatan segera

Selaku Penaung Selangor FC dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sebagai Pengerusi Selangor FC, baginda mengecam keras serangan tidak bermoral itu dan mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kejadian itu hingga ke akar umbi dan menangkap pelaku dengan segera / Foto FB Selangor Royal Office

SHAH ALAM, 6 Mei - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar polis segera menyiasat insiden berunsur keganasan membabitkan pemain pasukan Selangor FC, Muhammad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali Faisal Halim yang disimbah asid.

Selaku Penaung Selangor FC dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sebagai Pengerusi Selangor FC, baginda mengecam keras serangan tidak bermoral itu dan mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kejadian itu hingga ke akar umbi dan menangkap pelaku dengan segera.

Menerusi kenyataan di Facebook Selangor Royal Office, baginda juga bertitah mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk tampil memberikan kerjasama kepada pihak polis.

“Baginda memandang serius kejadian ini dan mahu siasatan turut merangkumi kemungkinan sekiranya ada melibatkan kegiatan kumpulan yang berniat jahat atau keingkaran awam seperti samseng bola sepak atau hooliganisme," menurut kenyataan itu.

Baginda turut menzahirkan kekhuatiran jika insiden seperti ini tidak dibanteras segera, ia akan terus melarat sehingga boleh mengundang perkara lebih buruk pada masa akan datang.

Baginda turut mendoakan agar Faisal Halim kembali sihak seperti sediakala dan dapat meneruskan khidmat sebagai pemain untuk pasukan Selangor FC.

 

BERITA BERKAITAN:

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN