Manchester United, 3 Disember - Manchester United tidak akan tunduk kepada tekanan media dalam menentukan strategi dan pendekatan taktikal pasukan, tegas pengurusnya, Ruben Amorim.
Sebaliknya, beliau berkata sebarang perubahan dibuat berdasarkan keperluan semasa skuad dan kefahaman pemain.
Khususnya ketika pasukan berdepan kekangan pemain, demi memastikan kestabilan serta prestasi jangka panjang pasukan.
Namun pendekatan itu penting bagi membina identiti pasukan.
Amorim buat pertama kali mengetepikan pendekatan tiga pertahanan dengan bantuan sayap ketika kemenangan 1-0 ke atas Newcastle, sebaliknya memilih taktikal empat pertahanan bersama dua pemain tengah bertahan.
“Ketika itu ia permulaan proses. Kami cuba bina identiti. Sekarang situasinya berbeza, kami kekurangan pemain dan perlu menyesuaikan taktikal supaya pemain faham kenapa perubahan dibuat,” katanya menjelang perlawanan menentang Wolverhampton Wanderers di Old Trafford, Selasa ini.
Beliau menegaskan, mengubah taktikal hanya kerana tekanan luar akan menjejaskan kewibawaan pengurus dan keyakinan pemain terhadap pasukan kejurulatihan.
“Jika saya ubah kerana media, itu pengakhiran buat seorang pengurus. Perubahan hanya dibuat apabila pasukan stabil dan bermain baik,” katanya.
United yang kini hanya ketinggalan tiga mata daripada zon Liga Juara-Juara sebelum ini mencatat dua kemenangan daripada lapan perlawanan, selain bakal kehilangan tujuh pemain utama menentang Wolves yang masih belum menang dalam 18 perlawanan liga musim ini.
Dalam perkembangan sama, Amorim mengesahkan kapten pasukan, Bruno Fernandes tidak akan diturunkan menentang Wolves walaupun pemain itu sudah menyatakan hasrat untuk kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan hamstring.
“Tiada peluang dia bermain. Itu pasti,” katanya.
Bagaimanapun, Amorim menegaskan Fernandes tetap memainkan peranan penting di luar padang.
“Dia seorang pemimpin. Walaupun tidak bermain, dia sentiasa bercakap dan memberi panduan. Sebab itu dia kapten,” katanya. - AFP