CAEN, Perancis, 30 Disember – Bekas bintang Arsenal, Gael Clichy, 40, dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Caen yang beraksi dalam divisyen ketiga bola sepak Perancis.
Kelab dari Normandy itu dimiliki oleh Kylian Mbappe, yang mengambil alih pemilikan sebelum Caen tersingkir ke divisyen ketiga musim lalu.
Clichy yang juga bekas bintang Manchester City bakal membawa pengalaman serta pemahaman tinggi mengenai bola sepak moden.
Clichy, sebelum ini bertindak sebagai penolong jurulatih kepada Thierry Henry bersama skuad Olimpik Perancis pada Sukan Olimpik 2024, dan pelantikan ini merupakan tugasan pertamanya sebagai ketua jurulatih.
Caen yang hanya mencatat empat kemenangan daripada 15 perlawanan terakhir, memecat ketua jurulatih terdahulu, Maxime d’Ornano, awal hari yang sama. - AFP