DUBAI, 29 Disember – Juara 24 kali Grand Slam, Novak Djokovic menegaskan beliau tidak menetapkan had masa untuk berterusan bermain di peringkat tertinggi.
Pemain lagenda Serbia berusia 38 tahun itu sebelum ini menyasarkan untuk mempertahankan gelarannya pada Sukan Olimpik LA 2028, namun berkata minatnya terhadap sukan tenis mungkin menyebabkan beliau menangguhkan persaraan walaupun selepas kejohanan itu.
Djokovic, yang kini menduduki tangga keempat dunia dan belum memenangi gelaran Grand Slam sejak 2023, turut mengakui cabaran daripada persaingan moden antara Carlos Alcaraz dan Jannik Sinner, namun menegaskan beliau gemar menguji diri menentang generasi muda.
Beliau membuat kenyataan itu semasa lawatannya ke Dubai, di mana sebelum itu beliau dianugerahkan Globe Sportsman of the Year oleh ikon sukan terkenal, Cristiano Ronaldo. -REUTERS