fb fb fb fb fb

Skuad Harimau Kumbang, sasar kedudukan tujuh terbaik dalam Liga Super

Foto FB Penang FC

BUKIT MERTAJAM, 6 Mei- Penang FC menyasarkan berada dalam kedudukan tujuh terbaik dalam Liga Super yang akan bermula minggu depan.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri, Daniel Gooi berkata sasaran itu adalah kemas kini semasa pengurusan kejurulatihan negeri.

Beliau berharap Penang FC akan lebih agresif dengan kemasukkan empat pemain import ke skuad Harimau Kumbang.

"Kalau boleh, musim ini. Kita sasar menduduki antara lingkungan satu hingga tujuh pasukan teratas di dalam Liga Super ini. Itu harapan kami," kata Daniel kepada pemberita selepas perasmian jersi baru Penang FC di sebuah pasar raya, di sini.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Penang FC, Jeffery Chew.

Kit baru Penang FC kali ini berwarna kuning, biru dan hitam dan menampilkan corak baharu.

Dalam pada itu, Penang FC bertekad untuk memastikan kelab bebas masalah kewangan demi tidak merencatkan pembangunan bola sepak negeri.

Setakat ini, kelab berkenaan tidak mempunyai sebarang isu membabitkan tunggakan gaji pemain dan kakitangan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM