fb fb fb fb fb

Serangan asid: Faisal Halim stabil, melecur tahap dua - Exco

Gambar tular Faisal Halim cedera selepas diserang dengan cecair dipercayai asid

SELANGOR, 5 Mei- Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera akibat disimbah cecair dipercayai asid pada kejadian petang dilapor dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Najwan Halimi yang mengesahkan perkara itu berkata, Faisal mengalami luka melecur tahap dua di beberapa anggota badan sekitar leher, bahu, lengan dan dada.

Tambah beliau, pemain berusia 26 tahun itu sedang dirawat di sebuah hospital.

"Saya mengecam tindakan kekerasan seumpama ini dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan membawa pelaku ke muka pengadilan.

"Didoakan agar saudara Faisal diberikan kekuatan dan semangat dalam menghadapi musibah ini serta dikurniakan kesembuhan segera," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Faisal didakwa telah diserang oleh individu tidak dikenali di sebuah kompleks beli belah di Damansara, hari ini.

Beberapa gambar beliau dengan kesan kecederaan pada anggota badan tular di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN
Faisal Halim dipercayai diserang dengan asid

SITI AISHAH MD ISA